Sunday, 5 May 2013

Tingkatan 6 VS Diploma VS Matrikulasi VS Asasi Perbandingan Mana Lebih Bagus?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Huhu.. hari ini post saya tentang Pendidikan lepasan SPM pada yang masih mencari-cari dan terpingga-pingga di sini saya ada sedikit maklumat kelebihan Form 6 berbanding kursus lain :D maaf saya lebih berpihak pada form 6 :3 sumber asal (http://prauniversiti5.blogspot.com)

1).Form 6 VS Asasi


Perbandingan
Tingkatan 6
Asasi
Tempoh Masa
1 tahun 6 bulan
( 3 semester )
1 tahun 6 bulan atau
1 tahun
Kos Biaya
Yuran Sekolah + Buku Rujukan  =
( kurang RM 600)
Tawaran pembiayaan RM 1,000 satu semester, yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.
(Dapat Biasiswa)
Peluang ke Ijazah
·  Lulus 2.8 ke atas
·  Kuota Khas disediakan oleh kerajaan untuk Pelajar STPM
Dijamin dapat masuk ke Ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Syarat ke Universiti
Lulus 2.8 ke atas
Muet sekurangnya Band 2
Lulus 3.5 ke atas
Muet sekurangnya Band 4
Pengajian
5 atau 4 Subjek STPM
10 Subjek ke atas & 30 bab ke atas
Pembelajaran
Perlu belajar dengan tekun & serius
Perlu belajar dengan tekun & serius
Sistem pembelajaran
Sistem Semester
Akedemik + Kerja Kursus
Markah ditambah dengan kerja kursus
Sistem Semester
-          6 bulan 1 semester
-          Markah ditambah dengan kerja kursus

2).Form 6 VS Dilploma

Suatu Perbandingan
Tingkatan 6
Diploma
Tempoh Masa
1 tahun 6 bulan
3 tahun
Kos
Yuran Sekolah + Buku rujukan
(kurang RM 600)
Pinjaman PTPTN
Minima RM 15 ribu
Peluang ke Ijazah
2.8 ke atas akan diambil
Kouta khas oleh kerajaan disediakan
3.5 ke atas layak untuk Ijazah
Bersaing dengan pelajar STPM & Matrikulasi
Sistem pembelajaran
Peperiksaan STPM
(90 % akedemik & 10 % kokurikulum )
Sistem Semester
-          6 bulan 1 semester
-          Markah ditambah dengan kerja kursus
Tempat
Sekolah
Politeknik / IPTA / IPTS
Peluang Kerja
Dapat mohon kerja dengan STPM
Dapat memohon kerja
Populariti
X boleh tunjuk-menunjuk
Dapat tunjuk-menunjuk
Pembacaan
Perlu belajar dengan tekun & serius
Markah peperiksaan ditambah dengan kerja kursus & berkumpulan
Kebaikan
Dapat ke Ijazah dalam masa yang singkat
Dapat bekerja selepas dapat diploma
Keburukan
Jika ke Tingkatan 6 , X belajar , baik jangan,membazir masa & duit
Jika ke diploma untuk main- main & dapat pointer rendah,memalukan sahaja
Pengalaman semasa pertama kali menjejak kaki di Universiti
X bergantung kepada pensyarah sepenuhnya,
Dapat berdikari hasil pengalaman & pendedahan di Tingkatan 6
Kejutan pelajaran,sosial & budaya.Perlu menyesuaikan diri ,mengambil masa untuk berdikari dengan persekitaran Universiti

3).Form 6 VS Matrikulasi

TINGKATAN ENAM
MATRIKULASI
Tempoh pengajian 3 semester
Sama
Aliran sains dan kemanusiaan
Aliran sains hayat, fizikal & perakaunan
Sijil diiktiraf untuk kemasukan ke IPTA & luar negara
Sijil diiktiraf oleh universiti berkenaan sahaja
( Dalam kes khas, diiktiraf universiti awam lain & berbanding beberapa negara luar )
Kos rendah berbanding matrikulasi/diploma
Kos lebih tinggi
Sijil diiktiraf JPA untuk mendapat pekerjaan
Tidak diiktiraf oleh JPA
Setaraf A level
Kurikulum berpandukan STPM
Penghantar Bahasa Melayu
Sama
Pusat di sekolah seluruh negara
Di kampus universiti atau pusat khas (kolej/sekolah)





Kebaikan Tingkatan 6 (Pra-Universiti) :D


Hoho ,, Tak Sabarnya Nak Kembali Ke Sekolah Setelah 5 Bulan Berhibernasi !!!!

Lusa aku akan kembali ke sekolah kesayanganku SMK Dato Onn dan aku menduduki kelas tingkatan 6 :D di sini sku nak menceritakan sedikit tentang form 6 :D



Tingkatan Enam" digunakan untuk menamakan program prauniversiti STPM. Kementerian Pelajaran memilih sekolah menengah yang mempunyai kebolehan untuk menawarkan Tingkatan 6 dan menekankan kemasukan Tingkatan 6 ke peringkat Ijazah dengan mewujudkan kouta khas untuk ke Universiti



Tingkatan 6 bertempoh setahun setengah. Tingkatan 6 itu sendiri dibahagi kepada 2 peringkat; setengah tahun yang pertama dikenali sebagai Tingkatan Enam Bawah dan tahun kedua dikenali sebagai Tingkatan Enam Atas.


Pelajar tingkatan 6 pada kebiasaannya berlainan dengan pelajar di tingkatan yang lebih rendah, seperti memakai uniform yang berbeza dengan pelajar lain, diberi jawatan yang tinggi dalam aktiviti kokurikulum dalam persatuan dan terdapat juga pelajar di sekolah tertentu menghadiri perhimpunan dan mempunyai tempoh rehat yang berlainan dengan sekolah lain.


Kelebihan Pra-Universiti Form 6

Tempoh Masa
1 tahun 6 bulan
Kos Biaya
Yuran Sekolah + Buku Rujukan  = ( kurang RM 600)
Peluang Ke Ijazah
  • * Lulus 2.8 ke atas
  • * Kuota Khas disediakan oleh kerajaan untuk Pelajar STPM
Peluang Kerja
Boleh memohon pekerjaan kerajaan & swasta
Taraf Sijil STPM
A - Level
  • * Sijil STPM bertaraf diploma di jabatan kerajaan.
  • * Dapat memohon jawatan diploma.
  • * Ianya diiktiraf bagi kemasukan kebanyakan  universiti di serata dunia
Kiraan pointer
2.8 ke atas, Pointer nak masuk universiti guna STPM tidak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma
Pengalaman
Lebih berpengalaman apbila tiba di Universiti
  1. * Pengalaman memegang jawatan di sekolah
  2. * Pengalaman dalam presentation
  3. * Pengalaman membaca bahan bacaan yang banyak
  4. * Pengalaman berdikari tanpa bantuan guru sepenuhnya
Jawatan
Ditawarkan jawatan oleh pihak sekolah seperti:
  1. * Ketua Pelajar
  2. * Ketua PSS
  3. * Pengerusi Kelab & Sukan
  4. * Majlis Pewakilan Pelajar (MPP )
Kokurikulum
10 % markah Ko akan diambil kira kemasukan ke Universiti
  1. * Biasanya pelajar tingkatan 6 mendapat 6% & 7% ke atas
  2. * Jawatan Pengerusi, Ketua Kadet, Ketua Pasukan ditawarkan       
Kejayaan STPM
 Berpeluang melanjutkan pengajian ke IPT yang bertaraf seperti UKM, UTM, & lain – lain.


Huhu.. Setelah Buat Penilaian Form 6 lah pilihan aku ,, semua sumber ini aku ambil dari  (sumber:http://prauniversiti5.blogspot.com/)

kepada sesiapa yang ambik tingkatan 6 selamat bersekolah ;) kepada kawanku jumpa rabu ni :D

Friday, 3 May 2013

Apa Itu GIATMARA?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Fuhh.. Dah cecah 5 bulan aku kat Giatmara tinggal beberapa detik aku akan meninggalkan giatmara kerana aku ingin menyambung pelajaran ,, tak dapat nak habiskan sebab dah dapat tawaran huk huk.. its okay ku akan merindui Giatmara Parit Sulong .. :'(

Jeng..Jeng haa.. hari ini aku ingin menceritakan kepada korang apa itu Giatmara :)

hihi.. promote sikit Giatmara .. \(^_^)/

Lambang Giatmara Malaysia


Haa.. ini penerangan tentang Giatmara aku ambil dari sumber www.giatmara.edu.my :)


GIATMARA merupakan sebuah institusi latihan peringkat akar umbi yang ditubuhkan di bawah akta syarikat dan dikenali sebagai GIATMARA Sendirian Berhad. Pentadbiran GIATMARA diletak di bawah MARA, sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW).


Penubuhan GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. Bajet menguruskan operasi GIATMARA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui peruntukan yang disalurkan menerusi MARA.

GIATMARA memulakan operasi pada bulan Januari, 1986 di GIATMARA Jitra (kini dikenali sebagai GIATMARA Prima Kubang Pasu) dengan pengambilan pertama seramai 60 orang pelatih dalam bidang Elektrik Domestik, Menerap Bata & Kayu Tanggam dan Bengkuk Besi.

Sambutan dan permintaan tinggi terhadap program GIATMARA menyebabkan GIATMARA berkembang pesat dari segi bilangan dan program yang ditawarkan. Pada masa ini GIATMARA menawarkan 39 jenis kursus di bawah 12 jenis kluster iaitu Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan, Elektrikal, Komputer & IT, Fabrik, Elektronik/Mekatronik, Kulinari, Hairdressing & Cosmetology dan Hospitaliti. Pada akhir RMK 10, bilangan GIATMARA dijangka akan bertambah menjadi 231 buah seluruh negara.

Visi
Menyediakan latihan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti dan memenuhi kehendak Negara bagi mewujudkan tenaga kerja mahir dan bakal usahawan bumiputera yang berdaya saing.

Misi
Menjadi Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional sepanjang hayat yang terunggul dan diiktiraf di peringkat Negara dan Antarabangsa.

Objektif
Melahirkan tenaga mahir negara
Mewujudkan usahawan
Membantu membasmi kemiskinan
Haa.. ini pula senarai kursus yang ditawarkan :D




Semakan Keputusan IPG KPLSPM 2013

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Fuhh.. Semakan IPG bagi PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN LEPASAN SPM dibuka 6 Mei 2013 selepas pilihanraya umum ke-13 semua bersabar ya .. saya pun tengah bersabar .. pautan link di bawah.. :)

Link Semakan Temuduga PISMP Ambilan Jun 2013 :

Tahniah Pada Yang Dapat :D

Wednesday, 1 May 2013

Iron Man 3 , Baju Sekolah Dan Mee Bandung

ASSALAMUALAIKUM W.B.T :)

Fuhh.. hari ni aku rasa sangat letih .. jalan-jalan kat BP Mall bersama zuhairi dan abng Nizam hoho.. sampai jer kat bp mall kitorang memang terkejut ramai sangat yang nak tengok iron man 3 ..
Untunglar.. kitorang dah tempah tiket online tak perlu beratur panjang semua orang tengok kitorang dengan wajah cemburu :P huhu.. Semua tiket tu berharga RM33 ,, dan abng Nizam belanja bertih jagung sama pepsi :D yayyy!!!

Poster Iron man 3

Fuhh!!!.. iron man 3 memang best serius saya suka sangat .. rugi pada yang belum menontonnya lagi . Masa kat panggung wayang tu pun punyalah ramai rakyat Malaysia yang datang nak menonton filem tu .. maklumlah kebetulan hari ini 1 Mei hari cuti semua budak sekolah , perkerja swasta malah awam bercuti dan semua plan nak menonton filem iron man 3 ..

Then , lepas tu kitorang singgah Pacific , The Store Dan Bajrai semata-mata mencari baju sekolah nak masuk 8 mei ni .. punyalah tawar menawar berkenan juga akhirnya satu helai baju kemeja putih dan seluar slax tapi sabtu ni nak ke bandar nak beli lagi :) maybe kali ni saya pergi seorang kuwt .. 

Lastly,, baliknye kitorang makan-makan kat Peserai
Zuhairi Menikmati Otak-otak :D

huhu,, aku dengan abng Nizam makan Mee Bandung nyum ,, nyumm,,, huhu... sambil tu kitorang menghirup minuman ternampak pula cikgu Shukor datang . Saya pun bersalam malu-malu :3 .. Setelah itu mee bandung datang dengan jayanya .. HOORAAAYYY!!! :D

Mee Bandung Aku Setelah Dimakan :D

Huuuu.. oklah nak rehat ni penat nak becerita ada masa nanti saya post lagi tataaaaaaa!!!! :)



Tuesday, 30 April 2013

WebCam On Giatmara :D

ASSALAMUALAIKUM W.B.T :)

Huhu.. Hari ni kira best jugak lar . . Huu. . Main2 webcam dalam kelas masa tengah hari aku layankan jer kawan-kawan aku ni .. walaupun tahu kitorang boleh cakap sebelah2 bukan duduk jauh pun (=,=) .. Cehh..

 
Gelagat Depan Webcam Siang Tadi..:D


Oh! Terlupa Sorang Lagi Kawan Aku .. :D


Dah Masuk Pun :D


 Haha . . Semua kawan macm jakun jer ( aku pun :P ) huhu . , then lepas exam PB cikgu panggil kitorang ambik elaun hooray!!! :D Alhamdulilah dapat RM200 Cukuplah tu.. :)
Tahniah kawan aku AZIM OMAR dapat cek dari YB huhu .. :P
Haha!!!.. Macam orang menang motor jer .. kononnyer :P

GMI OH GMI !!! :(

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Erk.. ini first time saya berblogging sebenarnya dah banyak kali saya berblogging hihi.. :3 tapi saya banyak kali cancel sebab biasalah cepat bosan (-_-) .. Hmm.. ape ye nak cerita oh ya .. Hari semalam hari mengembirakan sebab dapat tawaran masuk ke GMI (GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE)


 Tetapi semua itu berubah dan Hari ni hari paling menyedihkan bagi saya .. (0.0) sebab sebenarnya dari dulu impian nak masuk GMI (GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE) tapi tak kesampaian sebab ayah tak bagi (T.T) apekah nasibku .. huk huk .. ibu dan ayahku menyuruhku memasuki UTHM atau Form 6  .. ku katakan pada kedua ibu bapaku GMI adalah instiusi di bawah MARA .. ku pasti dapat loan MARA ,, but my father still say 'NO WAY' .. HUAAAAA!!!! WHYYYY!!! ..ERM takpelar bukan rezeki kita terpaksalah masuk UTHM or Form 6 sebab nak jaga mak dan ayah . kesian mak dengan ayah .. GMI sangat jauhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!! :'( .. Takpelar bukan rezeki kita.. huk huk,,
SELAMAT TINGGAL GMI \(0.0)/